Alahai gambar kabur nau! |
Hurmm.
Nak share resepi kek karamel yang ni pulak. Macam kek karamel biasa juga, cuma ada kelainan sedikit semasa menuang adunan berwarna-warni tu. Alkisahnya, saya mula-mula ternampak gambar kek ni kat google, masa tu tengah cari apa ntah, tak ingat dah. Teruja tengok kek yang cantik beralun-alun macam blogger Ida D Dapur dengan E-Na Lovely Kitchen, cuma saya punya tak berapa nak beralun. Haha! Kek ni dah berkurun dah orang lain buat, saya je baru nak eksaited mencuba. -_-"
Ok, yang dah potong clear sikit |
Bila tengok resepi dia, cara-cara nak menuang adunan kek tu, ok...senang je insya'Allah. Cuma kena tunggu masa sesuai nak buat. Iaitu masa tetamu datang rumah. Kalau tak ada tetamu nak datang, memang tak lah nak buat. Konfirmmmm tak habis kek! Membazir aje. Jadi masa bulan puasa hari tu, ada kawan-kawan encik suami datang berbuka kat rumah. Boleh lah kita rasmikan loyang kek hadiah dari kak Ayu Citarasa Rinduan untuk buat kek ni. Loyang tu jenis tak melekat pulak haaa~ Memang seksa lah masa meratakan gula hangus...T.T Buat ala kadar aje lah.
Jom tengok resepi~ Resepi asal dari Kek Karamel Pic Honeydew versi tebal Selera Sakura.
Resepi: Sunah Sakura
By: Sunah Sakura
Loyang:
Bulat saiz 8"
Bahan-bahan dan cara membuatnya:
Bulat saiz 8"
Bahan-bahan dan cara membuatnya:
GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
**Jadikan gula hangus. Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang.
BAHAGIAN ATAS (karamel)
1 tin susu cair
70 gram gula kastor
1 sudu teh vanilla
5 biji kuning telur
2 biji putih telur
1 sudu teh tepung jagung
2 biji putih telur
1 sudu teh tepung jagung
** Kacau sebati dengan perlahan dan ketepikan.
LAPISAN KEK (A)
140 gram tepung gandum
70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak (3-4 sudu)
** Pukul telur kuning, air, minyak dan gula hingga kembang.
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit.
** Kacau sebati.
MERINGUE (B)
6 biji putih telur
70 gram gula kastor
1 sudu teh cream of tar-tar (saya tak guna pun)
** Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar. Pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan.
** Campurkan adunan A dan B. Kacau dengan kaedah kaup balik. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
- Pewarna biru + perisa blueberry
- Pewarna ungu + perisa keladi
- Pewarna merah jambu + perisa strawberry
Cara-cara membuat kek karamel:
- Tapis karamel ke dalam loyang berisi gula hangus.
- Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan. Tuang adunan biru dan ratakan, boleh usahakan guna sudu agar nanti nampak alunan dia, kemudian ayak serbuk koko atas lapisan tu. Lepas tu tuang pula adunan merah jambu, ratakan dan ayak lagi serbuk koko sebelum menuang adunan ungu.
- Panaskan oven selama 10 minit.
- Bakar kek dengan kaedah double boiler (loyang diletakkan dalam loyang/dulang lain berisi air) dan gunakan air panas.
- 40 minit pertama gunakan api bawah dan 15 minit lagi, api atas dan bawah pada suhu 180 darjah Celsius.
- Apabila kek sudah masak, biarkan ia sejuk sendiri, kemudian keluarkan dari loyang dan terbalikkan (lapisan karamel di atas).
- Simpan dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidangkan.
Tags:
kek
Waaaa...menggoda... ! nyum2x
ReplyDeletePercubaan yang bagus. Menarik!
ReplyDelete