Menu

Kek Lapis Oreo...Sedap Berkali-kali~


Sila mengaku bahawa kek ini nampak sangat sedapppp! :p

Beberapa hari sebelum ni, saya ada belek-belek blog bro Rozzan, sebab nak carik resepi-resepi kek lapis sarawak yang belum pernah dicuba lagi. Terjumpa la entri Kek Lapis Oreo dia yang sangat menawan hati. Jadi, untuk tempahan yang last ni, saya buat la kek ni. Jom semak resepi yang da ditukar sikit, saya tak guna cheddar cheese~

Bahan-bahan:

10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tepung Hong Kong
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes pandan
biskut Oreo secukupnya (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah


Cara-cara membuatnya:

1) Pukul mentega, gula dan vanilla sehingga kembang.

2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.

3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.

4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekadar untuk meratakan adunan.

5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:

a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)

6) Sediakan loyang segi empat berukuran 7" x 7" yang telah dialaskan dengan baking paper dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.

7) Ambil 4 camca besar adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dengan api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).

8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas je (grill). Kemudian, ambil 4 camca besar adunan berwarna merah dan bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)

9) Selepas itu, ambil 4 camca besar adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya.


Saya guna acuan 7" x 7", so kek sangat tinggi. Kalau guna acuan 8" x 8" mungkin keknya akan jadi rendah sikit dari ni. Ikut citarasa masing-masing ye~ :)

25 comments:

IBU GEBU said...

sedapnya dik... tengok gambar pun dah telan air liur ni apa kes?

Sunah Sakura said...

hahaha~ bahaya tu kak!

Sari Yusa Ibrahim said...

akak mengaku, nampak sedap, tapi kena buktikan dulu ya, ahaaaaaaaaa!! Sila pos ke Taman Pulai Indah, kih3.. akak pun tak terdaya nak melapis macam tu, Sunah oiii, syabas atas kecekalanmu dik!

tomatokering :) said...

oke jawapan saya betol . agagaga

meh la antaq T_T

Sunah Sakura said...

hahahaa~ meh la nak antar umah!!!

Sunah Sakura said...

ilang "lapis"...so, salah.. hahahaha~

Fazlinil Irma said...

rajin sunah buat kek lapis. berbaloi la kan berjaga sampai pukul 3 bila tgok hasil. :)

Siti rohana said...

Memang sedap, saya dah buat Dan siap amek order utk kengkawan :-)

Iffah Afeefah said...

untungla ade kek sedap

jeles

~CiK TiNieY~ said...

kreatif!nampak sedap sangat!:)

Niena Pengembara Ilahi said...

sedapnye... :)

leh hantar sini tak? *.*

Suhaili Sarif said...

T_T

Oh Oeya said...

Gilosss sedappp nampaknya Sunah :)
Jual! Jual!

mizzkechique said...

nmpk sedap la..

FasiHaH SupiaN said...

aduhaiii kak...buatkan lah 1 kek lapis tuk sayeeeee

fiq. said...

wah,menariknye...

Ummi said...

Waaaaaaaaaaahhh...Sunah buat kek lapis dah eh...nampak sedap bebenor nih...terasa nak melapis terus laaa Sunah weeyy... ^__^

aDisH.sHidA said...

utk akak ke nie...hehhee padahal xpernah makan oreo pun

fRaMe+LenSeS said...

Sedapnya boss, CA nak jugak.. T.T

Cik Bambam said...

kasi pos kek Nilai!! :P

mas saari said...

nak tempah sebuku! tak kira...nak jugakkkkkkkkkk! heheheheeee

Anonymous said...

Boleh tak kalo tak pakai horlicks?

Sunah Sakura said...

@Anonymous

horlicks antara elemen penyedap dan penaik aroma kek lapis sarawak...kalo tak pakai, boleh try tambahkan jumlah tepung sama macam jumlah horlicks...

Sue Bee said...

tumpang sekaki salin resepi..thanks..

diana salleh said...

salam..baru tgk blog ni..arini tgh sibuk cari resipi kek lapis yg ringkas n mudah nak bagi kawan yang sambut xmas nnti..ni yg resepi kek lapis oreo tu kalau tak bubuh santan boleh tak sis?pleaserespon erk..thanks

Author

authorHello, this food blog belongs to Sunah Sakura. I'm very fond of food. Nice food must be shared with others.
Learn More →



Blog Stats